ONESHOT : MEMORIES COMEBACK WHEN SHE'S GONE







TITLE : MEMORIES COMEBACK WHEN SHE'S GONE
CHARACTER : MYUNG SOO, SUNGJONG, DONG WOO, JI WOON,
SONG : SHE'S GONE-ZE:A FIVE


 

Jam loceng yang berbunyi dari tadi terus dimatikan. Myung Soo bingkas bangun dari tidur. Kepalanya berasa pening sedikit. balutan di kepala disentuh. Dia segera menuju ke bilik mandi.

Setelah selesai membersihkan diri dia mengenakan baju seragam sekolah. Dia memandang cermin dan tersenyum bangga kerana dia begitu sempurna. Hari ni ialah hari yang terpenting. Dia tak pernah terlepas untuk meraikan hari yang bersejarah ini.

Myung Soo mencapai dompet dan kunci kereta. Dia sempat lagi menyapa ibu dan ayahnya yang berada di meja makan untuk bersarapan.

“Morning!” Myung Soo menyapa kedua ibu bapanya. Dia duduk di meja untuk bersarapan bersama ibu dan ayahnya.

“Are you sure will be alright at your school today?” ibunya risaukannya.

Dia menggigit roti bakar dan tersenyum pada ibunya. Dia mengeyitkan sebelah mata kepada ibunya.

“Omma, nan kwenchahnahyo,” dia meyakinkan ibunya.

“Ingatan kamu baru je pulih. Banyak benda yang kamu tak tahu semasa kamu hilang ingatan. Appa risau kalau kamu akan terkejut dengan semua benda. Ambil lah cuti lagi. appa akan beritahu guru kamu,” kini giliran ayahnya pula memujuknya.

“Omma, appa wae? Saya akan okay lah. Please I’m old enough. Lagipun hari ni hari ulang tahun saya dan Ji Woon,” kata-kata Myung Soo membuatkan kedua ibu bapanya terkesima.

Mereka berdua saling berpandangan.

“Myung Soo, there’s a reason why we not letting you go,” ibunya terus mencuba.

Myung Soo mengeluh lemah. Dia terlalu ingin berjumpa dengan kekasih hatinya.

“Son, kamu yakin yang kamu boleh terima semua benda? Kalau kamu betul-betul boleh, appa tak kisah,” ujar ayahnya.

“Appa, mestilah saya boleh terima semuanya. Lagipun bukannya sesuatu yang besar telah berlaku semasa saya hilang ingatan. Saya pergi dulu ya? risau lambat pula,” Myung Soo bangun dan mencium pipi ibu dan ayahnya.

“Biar pemandu kita yang hantar. Kamu belum sembuh sepenuhnya untuk memandu. Arasso? Jaga diri kamu dan terima semua benda dengan baik,” pesan ayahnya. Dia mengangguk dan berlalu ke kereta. Ibunya menghantar dia pergi dengan pandangan yang penuh dengan kerisauan.

“Yeobo, I hope he will be okay. Semua benda yang dia akan tahu akan melukakan hatinya,” mereka berdua berharap agar anak mereka akan baik sahaja.

*************************************************************************

Myung Soo masuk ke kelas. Ramai yang terkejut dengan kehadirannya. Dia juga telah menunjukkan yang dia sudah kembali pulih. Dari tadi dia tidak ternampak kelibat kekasihnya, Ji Woon. Biasanya kekasihnya itu akan datang awal ke sekolah.

Kawannya, Sung Jong dan Dong Woo tiba di kelas. Mereka duduk di kerusi mereka.

“Sung Jong, Dong Woo yaa! I’m back,” Myung Soo tersenyum gembira melihat kawan baiknya.

Mereka berdua hanya tersenyum pahit.

“Wae? Kamu berdua tidak suka ke?” soal Myung Soo yang terasa dengan sikap kawannya.

“Taklah, kami gembira yang kamu dah pulih. Cuma…..,”

“Myung Soo oppa!” seseorang memotong percakapan Sung Jong. Dong Woo lega kerana risau kalau semuanya terbongkar.

Myung Soo memandang perempuan yang memanggilnya. Bekas teman wanitanya. Dia hairan kenapa perempuan itu datang ke kelasnya.

“Apa yang kamu buat kat sini? Don’t call me oppa! You’re not my girlfriend anymore. Kamu sengaja nak buat Ji Woon sakit hati kan? Jangan kamu nak cuba hancurkan hubungan kami. Kita dah lama berpisah,” marah Myung Soo. Dia risau kalau Ji Woon terdengar yang Tae Yeon memanggilnya oppa.

Sung Jong dan Dong Woo terkejut bila Myung Soo berkata sedemikian. Mereka memberi isyarat pada Tae Yeon agar tidak memberitahu hal tersebut.

“Ji Woon? Apa yang awak merepek? Perempuan tu….”

“Tae Yeon ssi! Andwae!” Sung Jong menghentikan kata-kata Tae Yeon. Dia menarik Tae Yeon agar keluar dari kelasnya. Dia sempat lagi memberi amaran agar tidak memberitahu hal tersebut buat masa sekarang.

“Dong Woo ssi, apa yang Tae Yeon cuba sampaikan? Apa yang berlaku sebenarnya?” soal Myung Soo kepada Dong Woo.

Dong Woo tidak menjawab. Loceng berbunyi menandakan waktu belajar akan bermula.

Mereka berdua akan melalui satu hari yang sukar.

“Ji Woon, now we don’t know how to tell him. Why you have to leave him like that,” bisik Dong Woo perlahan.

***********************************************************************

Mereka bertiga berjalan bersama dan menuju ke kantin untuk makan.

“Kamu tahu yang Myung Soo dah kembali dengan ingatan yang sudah pulih? Dia pasti sedih kalau dia tahu pasal Ji Woon. Sedihnya aku,” telinga Myung Soo menangkap perbualan sekumpulan budak perempuan.

Dia berhenti melangkah dan menuju ke arah mereka.

“Apa yang kamu katakan tadi? Kenapa dengan Ji Woon?” soal Myung Soo.

Dong Woo dan Sung Jong terkejut.

“Myung Soo, kajja. Kamu semua boleh pergi,” Dong Woo memegang bahu Myung Soo.

“Wae? Dari tadi kamu berdua seperti merahsiakan sesuatu. Kenapa semua orang terkejut melihat aku yang sudah pulih? Just tell me wae?” Myung Soo marah dengan kawannya yang seperti menyembunyikan sesuatu.

“Dah, tak payah lah kamu fikirkan tentang mereka. Tiada apa-apa pun yang berlaku. Jom kita pergi makan dulu,” Sung Jong cuba menenangkan Myung Soo. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk mereka beritahu hal sebenar. Mereka tahu yang Myung Soo akan terkejut.

Myung Soo melangkah lemah. Dia tidak faham dengan situasi yang dia hadapi sekarang. Sungguh dia tidak faham. Hari ini Ji Woon tidak datang ke sekolah, dia pasti yang Ji Woon tidak sihat. Petang nanti dia akan melawat Ji Woon.

*********************************************************************

Myung Soo keluar dari tandas. Dia mencuci tangan di sinki. Dua orang pelajar lelaki masuk ke tandas. Mereka memandang sinis kepada Myung Soo.

Dia pelik dengan pandangan tersebut. Kakinya melangkah keluar dari tandas tapi dia berhenti melangkah bila terdengar perbualan dua pelajar di dalam tandas.

“Senangnya dia datang ke sekolah. Sedangkan dia yang bunuh teman wanitanya,” kata salah seorang pelajar tersebut.

“Salah dia ke? Bukan ke perempuan tu dilanggar lari? Lagipun Myung Soo kan sibuk dengan Tae Yeon,” nafi yang seorang lagi.

“Yalah, disebabkan dia sibuk dengan Tae Yeon, Ji Woon terluka. Kau bayangkan dua bulan si Myung Soo tak ambil tahu hal Ji Woon sedangkan sebelum ni semua tahu yang Ji Woon dan Myung Soo bercinta,”

“Macam mana lah Myung Soo tu tiada langsung ingatan pasal Ji Woon. Masa Ji Woon masih hidup, aku tengok dia cuba menerima yang Myung Soo hilang ingatan. Kawan-kawan Myung Soo pun kerap bersama dengan Ji Woon sebab tidak mahu melihat Ji Woon terus terluka. Tapi bila si Myung Soo tu dah pulih balik ingatan sebab kena pukul dengan abang Ji Woon, semuanya dah berakhir,”

“Abang Ji Woon yang pukul Myung Soo? Jinjia?”

“Abang dia terlalu marah dengan sikap Myung Soo. Kau tahu yang Myung Soo tak datang pun ketika hari perkebumian Ji Woon. Kenapalah tak dibiar mati je si Myung Soo tu,”

“Eh, kajja. Nanti marah pulak cikgu math kita,” mereka berdua menamatkan perbualan.

Myung Soo bersandar di dinding. Dia terkejut mendengar semuanya. Mereka berdua terkejut melihat Myung Soo. Cepat-cepat mereka melangkah meninggalkan Myung Soo.

*********************************************************************

Pintu kelas dibuka dengan kasar. Guru yang berada di dalam kelas ketika itu terkejut melihat tindakan Myung Soo. Semua pelajar memandang kepadanya.

Myung Soo menuju ke meja kawannya.

“Wae? Wae?” Myung Soo menarik Dong Woo. Satu tumbukan hinggap di pipi Dong Woo.

Sung Jong terkejut dengan tindakan Myung Soo.

“Dong Woo, Sung Jong, wae? Sampai bila kamu nak rahsiakan semua ni. Ji Woon…..” Myung Soo terduduk dan dia teresak-esak menangis. Pelajar yang lain turut sedih melihat Myung Soo.

Dong Woo memegang bahu Myung Soo. dia membangunkan Myung Soo.

“Sam, maafkan kami. kami perlu keluar dari kelas,” Dong Woo meminta kebenaran dan mereka bertiga keluar dari kelas menuju ke taman.

“Dong Woo, kenapa Ji Woon tinggalkan aku? Sung Jong, apa yang dah berlaku ketika aku hilang ingatan?” tanya Myung Soo dengan esakan.

“Dah lah. Kamu tak perlu bersedih dengan semua ini,” Sung Jong menenangkan Myung Soo.

“Kenapa? Ji Woon, kekasih aku dah tiada di dunia ni lagi. kamu ingat aku akan tersenyum gembira?” Myung Soo menengking Sung Jong. Dia menolak Sung Jong.

“Kau tak ingat apa yang kau dah buat pada dia? Kau takkan dah lupa?” Dong Woo mengherdik Myung Soo.

Myung Soo menangis teresak-esak. Dia cuba mengingat kembali.

[flashback 1]

“Myung Soo, awak dah sedar?” seseorang berada di depannya. Dia tidak langsung kenal dengan perempuan itu.

Perempuan tersebut telah mengaku sebagai kekasihnya. Dia telah memaki dan menyuruh ibu dan ayahnya menghalau perempuan tersebut.

[flashback 1 end]

[flashback 2]

Dia dan Tae Yeon duduk bergurau. Matanya menangkap pandangan seseorang. Perempuan yang dia halau ketika di hospital beberapa hari lepas.

Perempuan tersebut tersenyum padanya. Dia hanya mengelak pandangan perempuan tersebut.

[flashback 2 end]

[flashback 3]

Pengumuman mengejut dibuat. ketika itu dia dan Tae Yeon berada di kafe.

“Perhatian kepada semua pelajar dan guru, hari ini kita telah mendapat satu berita buruk. Seorang pelajar dari sekolah kita telah meinggal dunia pada pagi ini kerana dilanggar lari oleh sebuah kereta. Kepada kenalan Kim Ji Woon, kamu boleh lah mengziarahi keluarganya selepas waktu persekolahan….”

Myung Soo terpandang Sung Jong dan Dong Woo yang berlari pantas menuju ke pintu pagar sekolah. Entah kenapa hatinya bagai sedih bila mendengar berita tersebut. Tapi dia tidak kenal pelajar yang bernama Kim Ji Woon. Tapi kenapa Sung Jong dan Dong Woo kelihatan cemas?

[flashback 3 end]

Myung Soo menjerit sekuat mungkin. Dia tidak percaya yang dia tidak pedulikan Ji Woon. Dia menangis kuat. Sungguh dia tidak dapat menerima semua ini. Sekarang dia tidak dapat meminta maaf atas kesalahannya kerana Ji Woon telah pergi untuk selamanya.

“Andwae, andwae! Ji Woon!” Myung Soo terus menjerit memanggil nama Ji Woon.

Sung Jong dan Dong Woo memeluk erat Myung Soo. dia menangis dalam pelukan kawannya. sungguh dia menyesal kerana telah melukakan Ji Woon sebelum dia meninggal.

*******************************************************************

Myung Soo, Sung Jong dan Dong Woo menikmati pemandangan di tepi tebing sungai Han. Myung Soo masih lagi terkenangkan segalanya tentang Ji Woon. Andainya dia berpeluang untuk bertemu Ji Woon lagi, tapi ia terlalu mustahil baginya.

Dia masih ingat kata-kata Ji Woon dulu.

“Saya takkan tinggalkan awak sehingga maut yang memisahkan kita berdua. Janjilah di saat saya pergi tinggalkan dunia ni, awak akan hidup seperti biasa. Ingatlah cinta saya selalu mekar di hati awak. Saya akan selalu mencintai awak, Myung Soo,”

Angin lembut menyapa pipi Myung Soo. dia tersenyum bahagia. Dong Woo menyentuh bahunya. Dia mengangguk kecil.

“Memories come back when she’s gone. But I always have my bestfriends beside me. Moga Ji Woon bahagia dan memaafkan aku. Hanya Ji Woon cinta pertama dan terakhir bagiku. aku percaya dia selalu di hatiku,” ujarnya.

Mereka bertiga akan tetap menjadi kawan untuk selamanya dan Ji Woon akan menjadi salah satu kenangan yang mungkin mereka bertiga tidak akan pernah lupakan. Kerana Ji Woon, mereka bertiga bersatu. Kerana Ji Woon, pergaduhan mereka diselesaikan dengan mudah. Kerana Ji Woon, mereka tetap menjadi kawan. Dan Ji Woon bukanlah penghalang bagi mereka bertiga. Gadis seperti Ji Woon agak sukar dicari kerana Ji Woon terlalu istimewa dan bernilai. Akan mereka kenangkan semua tentang Ji Woon.

3 comments: